Sejarah SMK Muara Tuang
Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang (SMK) Muara Tuang terletak di kawasan seluas 36.61 hektar iaitu kira- kira 25 kilometer dari bandar raya Kuching dan 10 kilometer dari Kota Samarahan. Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1971 iaitu menumpang di SRK Lumba Kuda, di Jalan Wiliam Tan. Pada masa itu kelas tingkatan 1 himgga 3 dibuka dengan kira-kira 1000 orang pelajar. Pada tahun 1981, sekolah ini berpindah ke tapak barunya yang mula menyediakan kelas tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Selepas itu, kelas tingkatan 4 dan 5 mua dibuka apabila jumlah pelajar semakin bertambah. Pada tahun 1999, kelas aliran sains bagi tingkatan 4 dan seterusnya hingga tingkatan 5 mula ditawarkan. Sejarah seterusnya tercipta apabila kelas tingkatan 6 ditawarkan tahun 2003. Lokasi sekolah ini pula agak strategik iaitu berdekatan dengan portal ilmu seperti UNIMAS, UiTM dan IPTAR.